Makam Dol Said
Dato' Dol Said, atau Abdul Said (1773 - 1849),
ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Sejak kecil lagi, sifat
keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said
seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan
sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada
kedua orang tuanya.Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning
menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.
Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka. Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.

Perang Naning pertama yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka kerana berjaya mengalahkan British. British sebuah kuasa besar dunia tetapi pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831 .Pada mulanya, British yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja.Setelah 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.
Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning. Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning. Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua.
Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning. Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian lebih dari 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.
No comments:
Post a Comment