Selamat Datang ke Pusat Jualan Kraftangan Kg. Taboh Naning. Pusat jualan ini merupakan sebuah produk pelancongan berasakan membeli belah yang terdapat di Taboh Naning. Ia ini terletak di sepanjang jalan dari bulatan Plaza Tol Simpang Ampat menghala ke simpang lampu isyarat Kendong (Jalan yang menghala ke Rembau dan Tampin). Terdapat pelbagai produk yang menarik dijual di sini. Antaranya ialah LEMANG NANING, DODOL NANING, labu sayong, produk kraftangan, kompang, produk berasaskan kayu dan rotan, makanan dan pelbagai lagi produk. Di sini, terdapat lebih 10 gerai jualan yang menawarkan produk dan harga yang menarik dan berpatutan. Selamat Datang ke Taboh Naning, Melaka dan nikmatilah percutian yang meriangkan.
Selamat Datang ke blog Melaka Destinasi Warisanku. Melaka Destinasi Warisanku merupakan salah satu projek ENACTUS Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MICET dalam usaha membantu masyarakat setempat dalam memajukan ekonomi mereka berteraskan konsep pelancongan sejarah, warisan dan alam sekitar.Projek ini telah mendapat kerjasama dari banyak pihak seperti Dewan Undangan Negeri Taboh Naning, Universiti Kuala Lumpur, Acson,MPAG,penduduk sekitar KG Cherana Puteh .
Selamat Datang ke Pusat Jualan Kraftangan Kg. Taboh Naning. Pusat jualan ini merupakan sebuah produk pelancongan berasakan membeli belah yang terdapat di Taboh Naning. Ia ini terletak di sepanjang jalan dari bulatan Plaza Tol Simpang Ampat menghala ke simpang lampu isyarat Kendong (Jalan yang menghala ke Rembau dan Tampin). Terdapat pelbagai produk yang menarik dijual di sini. Antaranya ialah LEMANG NANING, DODOL NANING, labu sayong, produk kraftangan, kompang, produk berasaskan kayu dan rotan, makanan dan pelbagai lagi produk. Di sini, terdapat lebih 10 gerai jualan yang menawarkan produk dan harga yang menarik dan berpatutan. Selamat Datang ke Taboh Naning, Melaka dan nikmatilah percutian yang meriangkan.
Masjid Dato' Dol Said
Masjid ini dibina pada tahun 1954 dan siap pada 1955 dengan perbelanjaan dari derma orang ramai. Masjid ini dibina untuk menggantikan masjid asal yang berasaskan (papan) yang dibina pada awal abad ke-20. Tapak asal masjid ini berhampiran dengan makam Allahyarham Dato’ Dol Said iaitu Dato’ Naning ke 9. Tapak masjid sekarang adalah tapak masjid yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Arshad iaitu Datuk Naning ke 15.Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan pembinaan masjid itu oleh beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan kesesuaian dan keperluan sesebuah tempat ibadat,Allahyarham Datuk Mohd Shah,Datuk Naning ke 18 (sebagai pengerusi) bersama-sama AJK-AJK lain mengasaskan pembinaan masjid ini dengan jayanya pada tahun 1954.Kos pembinaan adalah dibiayai sendiri oleh ahli khariah, penyumbang-penyumbang luar khariah, dalam dan luar negara seperti Singapura,Indonesia,Brunei dan Thailand.
Air Panas Cherana Puteh
Kolam Air Panas Cherana Puteh ini terletak di Taboh Naning berhampiran landasan keretapi dari Tampin ke Seremban. Ia terletak sebelum simpang lampu isyarat Kendong dan berhampiran balai raya kg. Cherana Puteh. Air panas di sini didakwa mampunya banyak khasiat dalam tujuan perubatan. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah trek pejalan kaki, wakaf istirahat dan tandas. Kolam Air Panas Cherana Putih amat sesuai untuk dikunjungi kesemua lapisan masyarakat.
Makam Dol Said
Dato' Dol Said, atau Abdul Said (1773 - 1849),
ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Sejak kecil lagi, sifat
keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said
seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan
sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada
kedua orang tuanya.Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning
menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.
Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka. Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.

Perang Naning pertama yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka kerana berjaya mengalahkan British. British sebuah kuasa besar dunia tetapi pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831 .Pada mulanya, British yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja.Setelah 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.
Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning. Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning. Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua.
Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning. Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian lebih dari 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.
Batu Megalith dipercayai merupakan kubur nenek moyang penduduk daerah Alor Gajah, Melaka.
Terdapat hampir seratus kawasan pusara purba di sini yang dikenali
sebagai "Megalith Datuk Tua". Salah satu kawasan purba yang telah
dikenalpasti ialah di Kampung Cherana Putih, Taboh Naning Alor Gajah, Melaka. Batu ini dipercayai hidup dan membesar dan berkelip apabila disuluh cahaya pada waktu malam.
Pergi Gaung Taboh Naning berusia 500 tahun
Inilah perigi gaung yang terletak di sebelah masjid Taboh Naning. Perigi ini telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Menurut pakar sejarah Taboh Naning, Encik Abu Husin mengatakan bahawa perigi ini merupakan tempat bersiram Dato Naning selepas upacara perlantikan ataupun BERKOJAN. Tambahan pula, pada masa dahulu, sesiapa sahaja yang mandi di dalam perigi ini akan menjadi kebal.
Students In Free Enterprise (SIFE) is an international non-profit
organization that works with leaders in business and higher education
to mobilize university students to make a difference in their
communities while developing the skills to become socially responsible
business leaders. Participating students form teams on their university
campuses and apply business concepts to develop outreach projects that
improve the quality of life and standard of living for people in need.
An annual series of regional and national competitions provides a forum
for teams to present the results of their projects, and to be evaluated
by business leaders serving as judges. National champion teams advance
to the prestigious SIFE World Cup. In addition to the community aspect
of the program, SIFE’s leadership and career initiatives create
opportunities for learning and exchange among the participants as well
as the placement of students and alumni with companies in search of
emerging talent.
SIFE projects are undertaken by highly dedicated student teams of more
than 1,600 university campuses in 38 countries. SIFE offers these
students the opportunity to develop leadership, teamwork and
communication skills through learning, practicing and teaching the
principles of free enterprise, in hopes of improving the standard of
living for millions in the process. Guided by distinguished faculty
advisors and supported by businesses around the globe, SIFE Teams teach
important concepts through educational outreach projects, including
market economics, entrepreneurship, personal and financial success, and
business ethics to better themselves, their communities and their
countries. Each year, SIFE competitions are held worldwide, drawing
together thousands of students and business leaders to pay tribute to
these educational outreach projects.
Subscribe to:
Posts (Atom)