BIZ PRO bersama Puan Farida

       Biz Pro sentiasa berterusan dalam  meningkatkan faktor ekonomi penduduk kampung. Kali ni, kami pihak ENACTUS telah fokus kepada gerai Puan Farida yang berada di Taboh Naning. Terdapat pelbagai jualan di gerai beliau. Dalam mencapai objektif dalam Biz Pro, kami berusaha meng'update' gerai Biz Pro yang kami telah senaraikan.

gambaran penuh gerai


dodol,wajik dan sirat..asam ketuk2..pelbagai yang dijual.
beramah mesra
seperti dalam kebiasaan, kami memberi ilmu pengetahuan tentang cara menguruskan kewangan yang lebih efektif . Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna kami menghalang cara yang digunakan oleh peniaga seperti Puan Farida. Pihak kami ingin membantu  Puan Farida dalam  membaiki mutu perniagaan beliau.



Di dalam fail yang diberi, terdapat maklumat keluar mausk akaun...
 




 ribuan terima kasih kepada Puan Farida kerana memberi kerjasama dan mengambil inisiatif ini untuk kembangkan perniagaan beliau.
Puan Farida bersama pengarah program

'CHERANA PUTEH IN ACTION; di KG CHERANA PUTEH



Pada 20 Januari 2013, suatu aktiviti gotong royong telah dilaksanakn di sekitar Kg Cherana Puteh.
 Gotong -royong ini dinamakan sebagai 'Cherana Puteh In Action' . Pada mulanya hanya kawasan air panas Cherana Puteh dijadikan sasaran namun melihat kerjasama antara pihak ADTEC, Melaka, penduduk kampung dan MPAG , maka pihak Melaka HD beserta pihak ENACTUS lain bersetuju untuk mengadakan gotong-royong di sekitar Kg Cherana Puteh . Banyak tempat yang dilawati dan aktiviti gotong-royong dijalankan sebaik mungkin . Tepat jam 8 pagi, semua berkumpul di balairaya Cherana Puteh. Kehadiran penduduk kampung ,  pihak ADTCE,dan  MPAG tepat pada masa bagi  memeriahkan lagi aktiviti ini.

  

  Objektif diadakan aktiviti ini adalah untuk menjalinkan hubungan rapat dengan semua pihak , untuk menjaga alam sekitar bagi keselesaan pengunjung dan memupuk semngat kerjasama antara semua yang terlibat . Pihak Melaka HD amat menitik beratkan aspek kesihatan, sosial dan ekonomi dalam menjalankan sesuatu projek . Semoga kebersihan dan kesihatan dapat dijaga terus demi melahirkan bangsa yang berguna di masa hadapan kelak ...


Barisan VIP

'Gotong royong in Action' dirasmikan oleh En Zulkifli, 
 Ucapan dari En Husin (JKK Kg Cherana Puteh )..pihak Melaka HD amat bertuah mengenali beliau.

 Ucapan penghargaan dari penasihat Enactus , En Norazmi Omar.

pihak ADTEC,Melaka


Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan setelah perasmian . Semua kumpulan diagihkan skop tugas di lima tempat iaitu Air panas Cherana Puteh , masjid , klinik desa, tepi hutan jalan miad , dan balairaya .Pelbagai ragam dan pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti ini . Segalanya dapat dihuraikan berdasarkan gambar yang diambil sebagai kenangan ..........:






Senyuman keletihan..
 Bersama ketua Teknikal dan Timbalan Presiden Enactus (Zul dan Wan)

 Pengarah Program dan Presiden

Presiden dan Vice Presiden ,(Muna Kamal dan Mohd Syazwan S.M. Salim)

Pn Hafidah ... setiausaha kpd En Hussin (JKKK Kg Cherana Puteh )  banyak membantu dari awal sehingga akhir majlis, terima kasih !

semoga segala yang dilakukan ini mendapat keberkatanNYA dan dapat dibaiki lagi apa yang kurang.

 Melaka HD ! bersedia ! teruslah menyokong kami !

Bertukar pimpinan dan pewaris

assalamualaikum dan selamat sejahtera .
Melaka HD telah bertukar pimpinan.
Pada bulan  NOVEMBER yang lalu, suatu majlis penyerahan jawatan dalam kalangan ahli ENACTUS UniKL telah dilakukan...

dengan itu, NORNAQIYAH BINTI MOHD.SANI telah dilantik sebagai pelapis menjadi
PENGARAH PROJEK (PM)
untuk projek MELAKA HERITAGE DESTINATION ini .
smg PELANTIKAN baru ini mencapai kejayaan dalam usaha mengekalkan warisan anak bangsa 
dari segi ekonomi dan pelbagai aspek seiring kemajuan yang melanda dunia era kini :)

abg Shahrul Adzim( EX Pengarah Projek  Melaka HD )-inspirasi kami ~

NORNAQIYAH(nona), pengarah program kini , Januari 2013