'CHERANA PUTEH IN ACTION; di KG CHERANA PUTEH



Pada 20 Januari 2013, suatu aktiviti gotong royong telah dilaksanakn di sekitar Kg Cherana Puteh.
 Gotong -royong ini dinamakan sebagai 'Cherana Puteh In Action' . Pada mulanya hanya kawasan air panas Cherana Puteh dijadikan sasaran namun melihat kerjasama antara pihak ADTEC, Melaka, penduduk kampung dan MPAG , maka pihak Melaka HD beserta pihak ENACTUS lain bersetuju untuk mengadakan gotong-royong di sekitar Kg Cherana Puteh . Banyak tempat yang dilawati dan aktiviti gotong-royong dijalankan sebaik mungkin . Tepat jam 8 pagi, semua berkumpul di balairaya Cherana Puteh. Kehadiran penduduk kampung ,  pihak ADTCE,dan  MPAG tepat pada masa bagi  memeriahkan lagi aktiviti ini.

  

  Objektif diadakan aktiviti ini adalah untuk menjalinkan hubungan rapat dengan semua pihak , untuk menjaga alam sekitar bagi keselesaan pengunjung dan memupuk semngat kerjasama antara semua yang terlibat . Pihak Melaka HD amat menitik beratkan aspek kesihatan, sosial dan ekonomi dalam menjalankan sesuatu projek . Semoga kebersihan dan kesihatan dapat dijaga terus demi melahirkan bangsa yang berguna di masa hadapan kelak ...


Barisan VIP

'Gotong royong in Action' dirasmikan oleh En Zulkifli, 
 Ucapan dari En Husin (JKK Kg Cherana Puteh )..pihak Melaka HD amat bertuah mengenali beliau.

 Ucapan penghargaan dari penasihat Enactus , En Norazmi Omar.

pihak ADTEC,Melaka


Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan setelah perasmian . Semua kumpulan diagihkan skop tugas di lima tempat iaitu Air panas Cherana Puteh , masjid , klinik desa, tepi hutan jalan miad , dan balairaya .Pelbagai ragam dan pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti ini . Segalanya dapat dihuraikan berdasarkan gambar yang diambil sebagai kenangan ..........:






Senyuman keletihan..
 Bersama ketua Teknikal dan Timbalan Presiden Enactus (Zul dan Wan)

 Pengarah Program dan Presiden

Presiden dan Vice Presiden ,(Muna Kamal dan Mohd Syazwan S.M. Salim)

Pn Hafidah ... setiausaha kpd En Hussin (JKKK Kg Cherana Puteh )  banyak membantu dari awal sehingga akhir majlis, terima kasih !

semoga segala yang dilakukan ini mendapat keberkatanNYA dan dapat dibaiki lagi apa yang kurang.

 Melaka HD ! bersedia ! teruslah menyokong kami !